SHAH ALAM: Seorang jurulatih taekwando mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap lima kanak-kanak perempuan, antara September dan Oktober lepas.
Ahmad Munir Zainuddin, 20, didakwa melakukan perbuatan tersebut ke atas lima kanak-kanak perempuan berusia antara tujuh serta 11 tahun di sebuah dewan di Seksyen 24, di sini sekitar September dan 28 Okt lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga disebat, jika sabit kesalahan.
Hakim Rasyihah Ghazali membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan, dengan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap awal bulan, menyerahkan pasport ke mahkamah dan tidak mengganggu mangsa.
Mahkamah kemudian menetapkan 14 Dis untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nabilah Abd Rashid manakala tertuduh diwakili peguam 'Adil Safwan Ahmad Shaffie.
Sebelum ini media melaporkan seorang pengajar seni mempertahankan diri ditahan di sebuah pasar raya di sini kira-kira 4 petang, 2 Nov lepas.
Siasatan terhadap suspek yang juga merupakan penuntut kolej swasta sebelum ini, mendapati suspek menggunakan alasan mahu membetulkan tali pinggang mangsa-mangsa di dalam tandas sebelum melakukan perbuatan jenayah seksual itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 10 2023
Ahmad Munir didakwa melakukan perbuatan tersebut ke atas lima kanak-kanak perempuan berusia antara tujuh serta 11 tahun di sebuah dewan di Shah Alam. - Gambar/ Bernama
Pasangan kekasih ditahan kes buang bayi di kedai jual ayam
Polis menahan seorang wanita hari ini kerana dipercayai meninggalkan bayi lelakinya berusia kira-kira seminggu, baru-baru ini di sebuah kedai menjual ayam proses di Chukai, Terengganu.
Tuntutan palsu: Tiga pegawai latihan institut kemahiran direman
Dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan kira-kira 4.10 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM.
Projek pembangunan luar bandar perlu disempurnakan sebaiknya - Ahmad Zahid
Setiap pemegang taruh dalam ekosistem pembangunan luar bandar perlu memastikan program atau projek pembangunan yang sedang dilaksanakan dapat disempurnakan sebaiknya.
Presiden Iran dan Menteri Luar terkorban dalam nahas helikopter: Malaysia ucap takziah
Kerajaan dan rakyat Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, rakyat Iran, dan semua yang terjejas dalam insiden tragis ini.
Ekonomi Bumiputera: 5,000 pemimpin profesional menjelang 2030
Yayasan Peneraju akan memfokuskan kepada pembangunan bakat untuk meningkatkan kelas pencipta nilai Bumiputera dan berperanan sebagai Talent Bank untuk mengenalpasti, membangun, memupuk, mengurus dan menyalur bakat Bumiputera.
Ekonomi Bumiputera: Kerajaan berhasrat gandakan syarikat di Bursa Malaysia
Kerajaan berhasrat untuk menggandakan jumlah syarikat Bumiputera yang berdaya tahan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada masa hadapan melalui penjajaran semula tiga agensi bermandat Bumiputera di bawah kawal selia Kementerian Ekonomi.
29 Julai keputusan rayu keputusan inkues mendiang Soosaimanicckam
29 Julai ditetapkan bagi memutuskan rayuan terhadap keputusan terbuka berhubung inkues bagi menentukan punca kematian pegawai kadet TLDM, J. Soosaimanicckam.
Elon Musk ke Bali untuk pelancaran Starlink
Elon Musk berada di Bali untuk melancarkan perkhidmatan Starlink dan kerajaan sudah membuat tawaran rasmi kepada Tesla untuk membuka kilang bateri di negara itu.
Norza yakin atlet akan tunai janji raih emas di Olimpik Paris
Peminat sukan tanah air diseru tidak meragui keupayaan atlet kebangsaan untuk merangkul pingat emas Olimpik sulung negara pada Olimpik Paris.
Masak mi segera di stesen minyak: Empat didakwa esok
Empat daripada 15 individu yang ditahan menjalankan aktiviti memasak mi segera di kawasan stesen minyak di Genting Highlands baru-baru ini akan didakwa di Mahkamah Bentong.
Jurulatih taekwando didakwa amang seksual fizikal terhadap 5 kanak-kanak
Seorang jurulatih taekwando mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap lima kanak-kanak perempuan.